Selasa, 6 Disember 2011

BUMI DAN ALAM SEMESTA


PENGENALAN

     Bumi, Bulan dan Matahari
merupakan sebahagian daripada
Sistem Suria disamping 9 buah
planet, meteor, satelit semulajadi
yang lain dan asteroid. Matahari
pula, merupakan pusat
Sistem Suria di mana semua
ahlinya beredar mengelilingi
Matahari. Sambil mengelilingi
Matahari, Bulan dan Bumi
berputar pada paksinya sendiri.

                           




                                                                               
                                                                                BUMI

1.  Bumi merupakan planet ketiga daripada Matahari.
2.  Planet Bumi adalah planet keenam paling
     besar dan satu-satunya planet yang mempunyai
     air, karbon dioksida, oksigen dan gas-gas lain.
3.  Bumi mempunyai satu satelit semulajadi
     yang dikenali sebagai Bulan.
4.  Oleh itu, hanya planet Bumi mempunyai
     hidupan kerana mempunyai suhu yang
                                                          sesuai dan air yang diperlukan oleh hidupan.
                                                    5.  Bumi mempunyai diameter kira-kira 12,760 km 
                                                         dan ukurlilitnya kira-kira 40,000 km.
                                                    6.  Jarak antara Matahari dan Bumi ialah
                                                         kira-kira 150 000 000 km.



                            BULAN

1. Bumi mempunyai satu Bulan dan
    dikenali juga sebagai planet semulajadi.
2. Saiz Bulan lebih kecil daripada Bumi.
3. Diameter Bulan adalah kira-kira 3,480 km 
    dan ukurlilitnya lebih kurang 10,000 km.
4. Jarak antara Bulan dan Bumi adalah
    kira-kira 382500 km.
5. Bulan tidak memancarkan cahayanya
    sendiri tetapi memantulkan cahaya
    Matahari ke Bumi.